Penduduk kecewa, PLSB Sungai Golok punca banjir termenung

Penduduk kecewa, PLSB Sungai Golok punca banjir termenung

SALAH satu kain rentang  meluahkan rasa kecewa selepas Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok  yang menyebabkan mereka berdepan masalah banjir termenung di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penduduk di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor di sini kecewa selepas mendakwa Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok telah menyebabkan mereka berdepan masalah ‘banjir termenung’.

Mereka juga bertindak menggantung kain rentang di laluan masuk ke kampung berkenaan bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terutama kepada pemimpin tempatan yang seolah-olah tidak peduli dengan tekanan dihadapi penduduk.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 60, berkata, dia berharap pemasangan kain rentang itu tular dan turut sampai ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Setiap tahun kawasan di sini ditenggelami banjir. Namun bila projek tebatan ini bermula pada 2022, kami berdepan dengan masalah banjir termenung yang kronik. Jadi sampai bila kami perlu tanggung derita ini. Memburukkan lagi keadaan, pembinaan projek ini semakin dilihat semakin perlahan, seolah-olah terbengkalai,” katanya.

Dia memberitahu, selain masalah banjir termenung, penduduk turut berdepan masalah jalan rosak yang menjejaskan rutin harian.

Utusan Malaysia pada 20230 pernah melaporkan  penduduk di 10 buah kampung yang terletak di pinggir Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini mendesak kerajaan membina pembetung di tiga lokasi sepanjang kawasan PLSB Sungai Golok.

Dakwa penduduk, ketiadaan pembetung itu telah menyekat aliran air keluar sekali gus menyebabkan penduduk Kampung Simpangan, Bendang Pak Yong, Jejulok, Kajang Sebidang dan sekitar berdepan masalah banjir termenung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN