KANGAR: Sebanyak 28 rumah terjejas banjir dibersihkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diketuai Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth bersama ahli majlis serta 30 kakitangan pihak berkuasa tempatan itu. Program pasca banjir itu bertujuan memberi bantuan khidmat masyarakat khususnya untuk kerja pembersihan rumah-rumah yang terjejas di seluruh negeri ini. Affendi Rajini berkata, tumpuan kerja-kerja pembersihan itu membabitkan kediaman golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal selain rumah kakitangan. Katanya,…










