SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 menyasarkan kehadiran empat juta pengunjung sepanjang penganjurannya pada 28 Ogos hingga 6 September tahun depan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, beliau optimis sasaran tersebut dapat dicapai berikutan persiapan rapi dan pengisian lebih besar yang dirancang bagi edisi kali ini. Katanya, MAHA 2026 turut menyasarkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM8 bilion dan nilai jualan RM58 juta sepanjang berlangsungnya…










