Golongan B40 ramai terlibat dengan penyeludupan Migran-Polis Kelantan

Golongan B40 ramai terlibat dengan penyeludupan Migran-Polis Kelantan

MOHD. Yusoff Mamat menunjukkan kejayaan tangkapan kegiatan penyeludupan migran di negeri ini selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mendedahkan golongan B40 paling ramai dikesan terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan melindungi migran di negeri ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat itu berpandukan kepada hasil siasatan dijalankan oleh pihaknya ke atas individu yang ditangkap bersabit dengan kesalahan tersebut.

Katanya, kebanyakan mereka yang ditahan itu mengakui melakukan perkara tersebut secara sukarela dengan kadar upah antara RM150 hingga RM500.

“Ada dalam kalangan individu yang ditangkap ini terlibat sebagai sebagai tekong, pelindung atau pengangkut migran.

“Sepanjang Januari hingga November sebanyak 50 kertas siasatan telah dibuka melibatkan tangkapan 70 tekong dan 332 migran mengikut peruntukan undang-undang dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 khususnya Seksyen 26A dan 26J,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, Polis Kelantan turut membuka 54 kertas siasatan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen melibatkan tangkapan 53 pelindung dan 214 migran.

Mohd. Yusoff turut mengingatkan supaya golongan berkenaan tidak terpengaruh dengan aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana hukuman tidak setimpal dengan kadar upah yang diterima.

Katanya, jika disabitkan kesalahan individu terlibat boleh di penjara sehingga 20 tahun serta denda yang tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN