Buluh, asoka jadi pelindung Jalan Sungai Korok

Buluh, asoka jadi pelindung Jalan Sungai Korok

Sebanyak 180 pohon buluh dan pokok asoka yang ditanam pada jarak 330 meter di Jalan Sungai Korok, Jitra Kubang Pasu, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Setelah penghadang jalan dan lampu solar, Jalan Sungai Korok, Jitra kini turut dihiasi pohon buluh dan pokok asoka sebagai alternatif mengurangkan risiko kemalangan di lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar negeri, Datuk Mohamad Yusoff Zakaria berkata, setakat ini Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menanam sebanyak 80 pohon buluh dan 100 pokok asoka di laluan itu.

“Proses penanaman siap sepenuhnya dengan jarak lebih kurang 330 meter di tepi sungai yang tidak jauh dari lokasi kemalangan jiwa sebelum ini.

“Kerajaan negeri akan melihat keperluan dan peruntukan untuk menambah penanaman pokok itu kelak. Penanaman dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan termasuk insiden enam beranak dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum ini mencadangkan agar penanaman pokok buluh dijadikan alternatif bagi me­ngurangkan risiko kemalangan jiwa di kawasan tersebut selain penghadang jalan dan lampu solar.

Ia susulan tragedi enam beranak yang ditemukan lemas dalam kereta pada 7 Julai lalu di Sungai Korok setelah dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Mohamad Yusoff berkata, kerajaan negeri mengambil alternatif tersebut yang dilihat mesra alam selain tidak melibatkan kos yang tinggi.

“Pohon buluh berfungsi sebagai penghadang jalan yang kukuh selain menyelesaikan masalah hakisan sungai,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN