KLANG: Kerja perobohan 19 unit kediaman dekat Kampung Jawa di sini, hari ini dimulakan bagi pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). Proses tersebut membolehkan kerja yang pembinaan atas tapak jajaran sepanjang 150 meter pada seksyen 3 lebuh raya berkenaan selepas tergendala hampir dua tahun berikutan wujud pertikaian oleh penduduk di kawasan terlibat. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kerja-kerja perobohan tersebut bermula kira-kira pukul 8 pagi dengan kehadiran pasukan polis dari Ibu…










