KLANG: Kesemua baki 19 pemilik tanah dan penduduk Kampung Jawa, di sini akur dengan arahan pengosongan dan berpindah keluar sejak tarikh akhir tempoh diberikan sehingga 24 November lalu. Pemindahan tersebut memberi laluan kepada sambungan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di atas jajaran 150 meter pada Seksyen 3 projek berkenaan yang menghubungkan susur Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dengan Lebuhraya Persekutuan di Sungai Rasau, di sini. Projek tersebut akhirnya boleh diteruskan…










