PETALING JAYA: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D) negara menerusi pemeteraian sembilan kerjasama strategik bersama industri sempena Festival of Ideas (FOI) di Putrajaya International Convention Centre (PICC), hari ini. Majlis pertukaran memorandum itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dan disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian. Kerjasama itu meliputi bidang…










