SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan Belanjawan Selangor 2026 berjumlah RM3.23 bilion iaitu meningkat sebanyak 7.67 peratus berbanding belanjawan tahun ini. Belanjawan tersebut turut menunjukkan peningkatan perbelanjaan bagi mengurus bagi tahun hadapan iaitu RM1.86 bilion (57.6 peratus) berbanding RM1.7 bilion. Ia turut melibatkan pembayaran emolumen penjawat awam negeri sebanyak RM651.3 juta. Perbelanjaan pembangunan yang merangkumi 42.4 peratus itu turut menunjukkan peningkatan iaitu RM1.37 bilion berbanding RM1.3 bilion yang dibentangkan pada tahun…










