KUALA LUMPUR: Golongan remaja perempuan perlu dilindungi dan diberi kesedaran supaya tidak menjadi mangsa kecelaruan digital atau terlibat dalam penyebaran berita palsu, buli siber serta penipuan dalam talian. Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkembangan teknologi yang pesat tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan tanggungjawab ibu bapa, pendidik dan komuniti dalam memantau interaksi media sosial anak-anak yang terdedah kepada risiko dalam…










