KLANG: Penduduk yang tinggal dalam jajaran 150 meter Seksyen 3 Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Kampung Jawa, di sini diberikan lanjutan tempoh untuk berpindah keluar sehingga 24 November ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunarajah George, berkata, beliau sudah pun bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi membenarkan lanjutan tempoh pemindahan tujuh hari yang dimaklumkan sebelum ini. Menurutnya, tempoh tujuh hari itu singkat…










