KUALA SELANGOR: Persimpangan bertingkat dan Plaza Tol Eco Grandeur di Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (Latar) akan dibuka kepada pengguna mulai pukul 6 pagi esok. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, persimpangan tersebut akan menjadi antara pintu masuk kepada gerbang ekonomi di Anjung Utara Selangor. Katanya, laluan sejauh 3.07 kilometer akan menjadi kesinambungan kepada jajaran baharu kepada Ijok dan Kuala Selangor secara khususnya. “Persimpangan itu menghubungkan Latar…










