Peniaga didakwa sumbang mahram anak kandung

Peniaga didakwa sumbang mahram anak kandung

TERTUDUH (tengah) tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandung ketika pendakwaan di Mahkamah Sesyen Alor Setar. - UTUSAN/ JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang peniaga pakaian terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak kandung berusia 18 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Menurut pertuduhan, tertuduh yang mempunyai lima anak didakwa melakukan perbuatan persetubuhan yang diharamkan oleh agama dan undang-undang di rumah dekat Kubang Pasu pada pukul 9 pagi, 30 Oktober lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfatin Mastura Asri mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan.

Hakim tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh setelah pihak pendakwaan mengemukakan permohonan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 8 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN