Nadma tidak terima sebarang rungutan daripada mangsa banjir di PPS

Nadma tidak terima sebarang rungutan daripada mangsa banjir di PPS

MEOR Ismail Meor Akim (kiri) semasa melawat mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Sabak, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak menerima sebarang rungutan daripada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas sepanjang mendapatkan perlindungan di di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pengarahnya, Meor Ismail Meor Akim berkata, maklumat tersebut hasil dapatan maklumat yang diterima menerusi tinjauan di negeri-negeri terjejas.

“Setakat ini, Nadma tidak menerima sebarang rungutan diterima daripada mangsa banjir di PPS. Kita juga menerima perkembangan mengenai perkara itu daripada pelbagai agensi lain.

“Selain itu, setiap agensi mengambil pendekatan sewajarnya mengikut bidang tugas masing-masing. Sebagai contoh, Jabatan Pendidikan Negeri menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang terjejas banjir di asrama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sabak di sini hari ini.

Meor Ismail memberitahu, koordinasi setiap agensi dalam menangani isu banjir dijalankan dengan baik dan mengikut standard yang ditetapkan bagi menjaga kebajikan mangsa terlibat.

Karanya, Nadma mempunyai lebih 100,000 kekuatan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan selain aset yang mencukupi termasuk bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk digunakan semasa banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN