KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakan 15,620 pegawai dan anggotanya sebagai persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini. Kekuatan itu digerakkan selepas 3,683 kawasan titik panas banjir terutama di tiga negeri di Pantai Timur iaitu 760 lokasi di Pahang, Kelantan (618) dan Terengganu (460) dikenal pasti berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Ketua Pengarah, Datuk Seri Nor Hisham Mohamad berkata, antara tumpuan pasukannya adalah memantau…










