KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan Malaysia tidak akan sesekali menyerah kepada tekanan atau pengaruh mana-mana kuasa luar dalam urusan perdagangan dan dasar luar negara, sebaliknya semua keputusan dibuat berpaksikan kedaulatan serta kepentingan nasional. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang rundingan perdagangan antarabangsa termasuk perjanjian baharu dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dilaksanakan dengan menitikberatkan undang-undang domestik dan keselamatan negara. “Setiap keputusan kerajaan mesti berpandukan kepentingan…










