SEREMBAN: Berdepan masalah penglihatan tidak sedikit pun menghalang Azfar Irfan Danish Azrul Fahmee, 23, cemerlang dalam pelajaran. Ia dibuktikan apabila graduan Ijazah Sarjana Muda Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat itu memperoleh Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam. Menurut Azfar Irfan, dia dilahirkan dengan mata kanan tidak berfungsi dan hanya bergantung pada mata kiri untuk melihat. “Pada awal pengajian, memang mencabar kerana banyak masa…










