SHAH ALAM: Keputusan mesyuarat antara kerajaan negeri dengan pemaju dan wakil penduduk berkenaan arahan perobohan rumah tidak berpenghuni dekat Kampung Papan di Pandamaran, Klang tidak mengatasi perintah mahkamah. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan yang dicapai pada mesyuarat 21 Oktober lalu dilaksanakan pada hari pertama dan kedua operasi penyampaian bailif mahkamah dengan merobohkan rumah tidak berpenghuni. Menurutnya, bagaimanapun perintah mahkamah yang mengarahkan keseluruhan kawasan itu dikosongkan tetap dilaksanakan…










