KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan segera berhubung isu penarafan produk Muslim Choice oleh pertubuhan Muslim Friendly Watch yang disifatkan mengelirukan dan menjejaskan keyakinan pengguna Islam. Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tindakan kumpulan berkenaan menilai produk dan premis bagi menentukan ‘pilihan Muslim’ wajar disemak semula memandangkan 90 peratus pemerhati yang membuat penilaian bukan beragama Islam. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkukuh kawal selia industri…










