SHAH ALAM: Penduduk luar bandar di Selangor didakwa memperoleh pendapatan jauh lebih rendah sehingga RM34,536 setahun pada kadar median berbanding di bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia – PN, Muhammad Hilman Idham berkata, situasi tersebut adalah realiti apabila keluarga di luar bandar kehilangan hampir satu tahun gaji penuh berbanding di bandar. “Pendapatan median bandar bersamaan RM10,805 sebulan. Pendapatan median luar bandar pula RM7,927 sebulan. Perbezaan sebanyak RM2,878 atau…










