DUN Selangor: Halang pembinaan hingga peneroka Kampung Pampan terima pampasan

DUN Selangor: Halang pembinaan hingga peneroka Kampung Pampan terima pampasan

Kampung Papan
SEORANG warga emas penduduk Kampung Papan melihat barangannya yang dibawa keluar selepas menerima perintah pengosongan rumah sebelum kediamannya itu dirobohkan dekat Pandamaran, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelulusan pembangunan yang hendak dilakukan di atas tapak tanah Kampung Papan di Pandamaran, Klang wajar disekat sehingga penduduk atau penerokanya menerima pampasan seperti dijanjikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran-PH, Tony Leong Tuck Chee berkata, tindakan tegas sedemikian perlu dibuat bagi melindungi kepentingan dan kebajikan mereka.

“Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting demi memastikan hak peneroka dapat diselesaikan dan memastikan pemaju dapat menunaikan hak peneroka dapat diselesaikan dan memastikan pemaju dapat menunaikan perjanjian yang dipersetujui.

“Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan negeri dapat menyekat segala kelulusan merancang dan pelan pembangunan sebelum persetujuan dicapai. Kerajaan negeri perlu menyenarai hitam jika pemaju enggan bekerjasama,” katanya dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2025, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menegaskan, sehingga kini peneroka masih belum menerima sebarang pampasan dan menggesa pemaju memberikan surat penawaran termasuk tanah seluas 2.8 hektar yang dijanjikan sebelum ini bagi pembinaan rumah baharu.

“Pemaju sepatutnya memberi pampasan kerana keputusan mahkamah hanya memberi notis pengosongan dan tidak menyatakan tidak perlu memberi pampasan.

“Pemaju perlulah lebih berperikemanusiaan dengan memberi pampasan dan tunggu (tangguh perobohan) sehingga surat tawaran ditandatangani.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan syarikat Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. (MECSB) bersedia menyerahkan tanah seluas kira-kira 2.8 hektar dan beberapa lot bagi menyelesaikan isu perobohan rumah penduduk dekat Kampung Papan, di Pandamaran, Klang.

Mereka dikatakan bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada kerajaan negeri sebagai penyelesaian kepada pembangunan penempatan semula penduduk di sana yang lebih teratur dan mampan.

Amirudin berkata, pemaju kemudian bersetuju untuk menyerahkan tanah seluas kira-kira 2.8 hektar untuk dibangunkan oleh kerajaan negeri bagi peneroka-peneroka Kampung Papan menerusi pertemuan dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN