Aktiviti mendulang emas: Kerajaan negeri Kelantan draf syarat

Aktiviti mendulang emas: Kerajaan negeri Kelantan draf syarat

PELAJAR Universiti Malaysia Kelantan mencuba aktiviti mendulang emas di Batu Melintang, Jeli, Kelantan sekitar tahun 2019 lalu.-IHSAN UMK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang menyiapkan draf syarat-syarat berkaitan dengan aktiviti mendulang emas selepas pihaknya memberikan kebenaran kepada rakyat negeri ini untuk menjalankan kegiatan tersebut secara sah.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Fadzli Hassan berkata, syarat-syarat tersebut bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya lebih kepada soal keselamatan dan menjaga alam sekitar.

Katanya, ia turut mengambil kira kawasan yang telah diberikan kepada pihak syarikat untuk tujuan perlombongan sekali gus menggelakan berlaku pertindahan lokasi.

“Saya sudah minta pegawai untuk melihat perkara ini termasuk dari sudut perundangan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri ketika ini sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk aktiviti mendulang emas.

Katanya, kerajaan negeri akan turut mempertimbangkan lokasi yang sudah menjadi lokasi mendulang emas oleh penduduk tempatan untuk diberikan kebenaran.

“Segala maklumat berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk pengetahuan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Mohamed Fadzli berkata, jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang antara lokasi yang menyimpan sumber mineral itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Kerajaan Kelantan akan membenarkan rakyat di negeri ini melombong emas menggunakan kaedah mendulang.

Mohamed Fadzli berkata, pihaknya akan mengeluarkan lesen mengikut syarat-syarat tertentu sebagai rekod.

Katanya, langkah itu bertujuan menjaga keselamatan rakyat yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN