JOHOR BAHRU: Berpegang pada semangat sehidup semati sebagai adik-beradik, dua graduan mencuri tumpuan pada Majlis Konvokesyen Ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) apabila mereka berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada hari yang sama, hari ini. Dr. Nor Athirah Zaharudin, 37, menerima PhD dalam Kejuruteraan Bioproses manakala adiknya, Dr. Nur Zafirah, 34, menamatkan pengajian dalam Pengurusan Fasiliti sekali gus menjadi hadiah paling bermakna buat keluarga. Menurut Nor Athirah, apa yang menjadikan…










