Banyak penjuru beri kelebihan

Banyak penjuru beri kelebihan

NIZAM ABU BAKAR TITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

ISU 40 peratus hasil Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) merupakan antara perkara yang menjadi modal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, BESSE AISYAH, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk NIZAM ABU BAKAR TITINGAN, menjelaskan kedudukan Gagasan Rakyat Sabah (GSR) yang meletakkannya sebagai antara enam calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

 

UTUSAN MALAYSIA: Adakah pertembungan banyak penjuru beri kelebihan atau sebalik­nya?
NIZAM: Saya melihat bahawa bila ramai bertanding sudah pasti kelebihan kepada calon parti kerajaan yang bergerak atas perkara-perkara yang memang memberi manfaat kepada rakyat. Selama lima tahun kita memimpin Sabah terbukti bahawa kita berada di landasan yang betul dan telah memberi banyak petanda positif yang telah me­ningkatkan ekonomi kita.

Siapa parti tempatan yang benar memperjuangan soal Sabah?
Perjuangan sebenar MA63 adalah rakyat. Dengan kerajaan yang memahami apa yang terbuku di hati rakyat dan saya percaya dan yakin bahawa kita tidak menafikan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.
Namun, GRS berjaya memuktamadkan 13 perkara walaupun Perdana Menteri bertukar-ganti sebanyak tiga kali. Rakyat boleh melihatlah pemimpin mana yang benar-benar berjuang.

Adakah isu 40 peratus akan menjejaskan sokongan GRS?
Saya rasa di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas beliau pun berkongsi de­ngan apa kemahuan kita. Apabila kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, ia sealiran dengan apa diperlukan rakyat Sabah. Sudah pasti dengan keputusan ini rakyat akan semakin yakin untuk memberi sokongan kepada GRS.

Bagaimana GRS melihat bersama PH penting untuk masa depan Sabah?
Kerjasama penting kerana Kerajaan Persekutuan dan ne­geri saling memahami dan menghormati berkaitan hak Sabah. Ini terbukti bila banyak perkara tidak pernah berlaku pada zaman kerajaan dahulu telah dapat dimuktamadkan dan direalisasikan di bawah kerajaan hari ini. Saya berharap agar kerjasama ini dapat dite­ruskan untuk manfaat negeri dan rakyat Sabah.

Apakah harapan pada PRN kali ini?
Saya berharap agar kerjasama GRS-PH ini dapat diteruskan kerana ia sebenarnya persefahaman telah terbukti menstabilkan politik Sabah. Bila politik kita stabil, maka banyak perancangan pemimpin kita fokus untuk membangunkan Sabah dan membela rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN