KLANG: Kerajaan negeri dilapor akan membantu menyelesaikan perihal peruntukan tanah 2.8 hektar kepada penduduk Kampung Papan, Pandamaran, di sini, sebagai sebahagian daripada pampasan ekoran perintah pengosongan kediaman dihadapi mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Tony Leong Tuck Chee berkata, beliau sudah pun bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam (Rabu) berhubung penyelesaian isu perobohan rumah di penempatan tersebut. Menurutnya, beliau diminta bertemu dengan pihak Permodalan Negeri Selangor…










