SHAH ALAM: Sebanyak 9,203 pemfailan pelbagai tuntutan pengguna yang bernilai RM77.2 juta direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 14 November tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), sebanyak 6,881 kes daripada jumlah tersebut diselesaikan melalui pelbagai saluran termasuk portal rasmi TTPM dan pejabat kementerian di seluruh negara. Katanya, malah rakyat boleh membuat aduan…










