TEMERLOH: Kegembiraan 26 pembeli rumah baharu di Taman Chatin Maju, Mentakab di sini bertukar derita apabila projek perumahan yang sepatutnya siap didakwa terbengkalai sejak lebih setahun setengah lalu. Projek melibatkan 26 unit rumah teres dua tingkat bersama beberapa unit lain itu dikatakan terhenti sepenuhnya sejak penghujung 2023 dan sehingga kini tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Akibat kelewatan itu, pembeli mendakwa mereka terpaksa terus membayar ansuran pinjaman bank swalaupun rumah masih tidak…










