Pembunuhan Khamenei untuk tingkatkan populariti Trump
Oleh Mohamad Azlan Jaafar
2 Mac 2026, 7:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Pada malam Sabtu, Kejohanan golf Cognizant Classic berlangsung di Palm Beaches Amerika Syarikat (waktu Amerika). Di Anfield, Liverpool sedang mendahului West Ham 3-0 manakala di Sepanyol, Barcelona sudah menjaringkan dua gol terhadap Villarreal.
Ketika hampir seluruh dunia melakukan aktiviti harian seperti biasa, berita mula tular Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah dibunuh dalam serangan pakatan Amerika Syarikat-Israel.
Perkara itu mula disahkan perisikan Israel dan diikuti kenyataan Presiden Donald Trump, “Khamenei, antara orang paling jahat dalam sejarah sudah mati.”
Tiada siapa peduli serangan itu turut membunuh anak perempuan, cucu, menantu lelaki dan perempuan pemimpin yang memerintah Iran lebih 37 tahun. Mungkin semua ahli keluarga termasuk cucunya disahkan individu paling jahat dalam sejarah manusia.
Tiada siapa peduli 148 kanak-kanak terbunuh dalam serangan terhadap sebuah sekolah perempuan di Minab, selatan Iran. Siapa berang serangan dan pembunuhan itu berlaku pada bulan paling suci kepada dua bilion penganut Islam.
Kepada AS, ini satu pembebasan daripada seorang diktator. Siapa orang paling jahat di dunia yang mengenakan tarif sesuka hati, meranapkan perdagangan bebas dunia, menjejaskan ekonomi global, mengugut Eropah untuk mengambil alih Greenland, melayan pendatang asing di AS seperti dalam drama Roots dan karektor Kunta Kinte.
Apa hendak dihairankan tindakan ini datang daripada kaum yang takbur dan masih enggan patuh kepada Nabi yang menyelamatkan mereka dengan membelah laut ketika diburu Firaun.
Jika mukjizat Nabi yang besar seperti dilaporkan dalam Quran dan Injil tidak diendahkan, membunuh kanak-kanak seperti mencuri gula-gula daripada seorang kanak-kanak.
Media Barat melaporkan apa yang penting kepada regim barat dan Yahudi. Skrip sama digunakan ketika mempertahankan serangan terhadap Iraq yang didakwa memiliki senjata pemusnah dan kemudian pembunuhan Saddam Hussein.
Untuk Trump selepas pelaksanaan tarif ke seluruh dunia ditolak sebagai haram oleh Mahkamah Tertinggi negara itu, beliau memerlukan ‘distraction’ daripada apa yang dianggap malu terbesar dalam pentadbirannya.
Seperti filem ‘Wag the dog’ dihasilkan pada 1997 mengenai satira politik Amerika. Ia berkisar tentang seorang ‘spin doctor’ dan penerbit Hollywood yang mengada-adakan cerita peperangan di Albania untuk mengalihkan perhatian pengundi terhadap skandal seks membabitkan presiden AS. Filem itu dipertontonkan di pawagam sebulan sebelum skandal seks Clinton-Lewinsky didedahkan. Lapan bulan kemudian, Clinton mengarahkan pengeboman kilang ubat Al-Shifa di Sudan. Clinton juga mengarahkan kempen pengemboman terhadap Iraq ketika prosiding pendakwaan skandalnya dengan Lewinsky berlangsung.
Serangan terhadap Iran ini tidak lain untuk membunuh seorang pemimpin Islam ketika populariti Trump di Amerika semakin menurun. Ia berlaku sembilan bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November yang akan mengukur kekuatan Trump dan parti Republikan.
Membayar darah beberapa ribu umat Islam untuk mendapatkan sokongan rakyat. Pilihan raya pertengahan membolehkan rakyat AS memilih 100 wakil ke Kongres yang dirasakan mampu mempertahankan keperluan mereka. Ketika ini, calon parti Demokrat mendahului dengan peratusan terbesar dalam tinjauan umum berbanding parti Republikan yang diterajui Trump.
Jadi pembunuhan Khamenei, kematian ratusan penduduk Iran dan kemusnahan terhadap antara tamadun manusia paling awal yang mencipta peti sejuk, sistem penghantaran surat dan kincir angin adalah satu episod untuk menaikkan semula populariti seorang presiden yang semakin hilang sokongan.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved