IPOH: UMNO Bahagian Tambun berharap, parti itu mendapat layanan adil dalam pengagihan kerusi bagi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, walaupun kalah pada pilihan raya umum yang lalu, UMNO masih mempunyai kekuatan di bahagian itu terutama daripada segi jentera pilihan raya yang tersusun dan faktor itu tidak harus diketepikan. Menurutnya, agihan tersebut tidak semestinya kerusi Parlimen yang kini disandang…