KUALA SELANGOR: Pemeriksaan berkala terhadap kenderaan berat wajar dipendekkan tempoh daripada enam bulan kepada tiga bulan berikutan kekerapan berlaku kemalangan yang disebabkan oleh aspek teknikal seperti masalah brek dan sebagainya. Selain itu, syarikat pemilik kenderaan berat juga digesa supaya lebih cakna terhadap tahap keselamatan dan kesiapsiagaan kenderaan berat masing-masing sebelum berada di atas jalan raya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, beban kerja yang tinggi dilakukan…