Trump arah penggunaan AI tingkat penyelidikan kanser kanak-kanak

Trump arah penggunaan AI tingkat penyelidikan kanser kanak-kanak

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkatkan penyelidikan kanser kanak-kanak serta menyalurkan AS$50 juta (RM210 juta) kepada Institut Kesihatan Nasional (NIH) untuk inisiatif itu.

Langkah tersebut diumumkan ketika pentadbirannya pada masa sama sedang melaksanakan pemotongan lain terhadap agensi berkenaan.

Ketika menandatangani arahan itu di Pejabat Oval pada Selasa, Trump berkata, selama ini banyak data mengenai kanser kanak-kanak dikumpulkan namun belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan menggunakan AI, kita akan memperkasa saintis dan penyelidik untuk menemukan rawatan baharu, penawar serta strategi pencegahan.

“AI juga boleh menjadikan ujian klinikal dan terapi yang inovatif lebih mudah diakses oleh orang ramai,” katanya.

Perintah itu mengarahkan Suruhanjaya Make America Healthy Again (Maha) untuk bekerjasama dengan Pejabat Dasar Sains dan Teknologi (OSTP) bagi menggunakan AI dalam penyelidikan kanser kanak-kanak.

Trump berkata, arahan tersebut menggandakan pelaburan dalam inisiatif data kanser kanak-kanak NIH dengan menambah AS$50 juta lagi, serta tidak menolak kemungkinan pembiayaan tambahan pada masa akan datang.

Seorang pegawai Rumah Putih yang memberi taklimat kepada pemberita menyifatkan langkah itu sebagai usaha untuk menggalakkan saintis terkemuka meningkatkan pengumpulan data serta memanfaatkan data sedia ada untuk memperkukuh penyelidikan.

Perubahan tersebut menyaksikan pentadbiran Trump beralih untuk merombak Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, dengan memberhentikan ribuan saintis serta penyelidik dan membatalkan geran penyelidikan.

Di NIH, lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) geran penyelidikan yang dibiayai agensi itu dipotong dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan ribuan geran ditolak, termasuk bagi penyelidikan kanser.

Pemotongan dana tersebut mencetuskan pelbagai saman, dan Mahkamah Agung AS pada Ogos lalu membenarkan berjuta-juta dana terus dipotong daripada penyelidikan perubatan.

Pentadbiran turut mencadangkan hampir 40 peratus pemotongan dana terhadap NIH – yang merangkumi Institut Kanser Kebangsaan – dalam cadangan bajet Presiden.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×