Trak bantuan kemanusian Malaysia tunggu giliran masuk Gaza

Trak bantuan kemanusian Malaysia tunggu giliran masuk Gaza

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DUN Chembong sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Pedas, Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Beribu-ribu trak membawa bantuan kemanusian termasuk dari Malaysia sedang menunggu giliran untuk masuk ke Gaza selepas gencatan senjata diumumkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan sedia ada itu sudah terlalu lama tersekat susulan tindakan Israel mengepung Gaza serta menyekat segala bantuan kemanusian untuk masuk.

Menurutnya, walaupun proses gencatan senjata sudah diumumkan, Israel masih belum membenarkan kesemua bantuan kemanusiaan itu dihantar terus ke Gaza serta masih mengenakan had kenderaan untuk masuk.

“Kita (Malaysia) memberi dalam bentuk bantuan kewangan kepada agensi bantuan dan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dan kita beri juga kepada Palang Merah Palestin.

“Bantuan barangan ini memang banyak sudah beratur, beribu-ribu trak sedang beratur untuk masuk ke dalam Palestin termasuk barang-barang dari Malaysia, dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.

“Daripada tajaan-tajaan syarikat-syarikat daripada Malaysia memang banyak telah pun lama beratur kerana tersekat disebabkan oleh pintu masuk ke Rafah tersebut telah pun ditutup.

“Apabila sudah buka ni, itu pun Israel bukan memberikan laluan kepada semua kenderaan untuk masuk. Semalam dia (Israel) bagi 300 trak untuk masuk, dia menyekat hari pertama cuma 160 lebih,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DUN Chembong sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Pedas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia akan terus komited dalam pembangunan semula Gaza yang memerlukan kerjasama banyak negara kerana banyak institusi yang sudah hancur di negara tersebut.

“Kita bersama-sama bangunkan semula Gaza bukan sahaja bangunannya tapi pelajarannya dan kesihatan. Institusi-institusi kesihatan telah hancur. Institusi pelajaran pun hancur semua.

“Jadi ini memerlukan kesepakatan dan kerjasama yang terangkum antara semua negara-negara. Kita tak boleh bersendirian. Jadi usaha Perancis menganjurkan pembangunan semula Gaza ini baik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN