KUALA SELANGOR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melaksanakan inisiatif sulungnya bersama mahasiswa di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor. Langkah pertama pelaksanaan program PuTERA35 @ Kampus UiTM itu berlangsung di kampus Puncak Alam selama dua hari yang berakhir semalam. Program itu menjadi platform utama memperkenalkan dasar dan inisiatif ekonomi Bumiputera kepada mahasiswa selaras usaha kerajaan memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap hala tuju…