TAIPEI: Presiden Taiwan, Lai Ching-te berikrar untuk mempercepatkan pembinaan sistem pertahanan udara pelbagai lapisan sebagai sebahagian daripada usaha menangkis ‘ancaman musuh’. Kerajaan Lai berada di bawah tekanan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan keupayaan mempertahankan diri daripada kemungkinan serangan China, yang menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya. “Kami akan mempercepatkan pembinaan T-Dome, menubuhkan sistem pertahanan udara yang kukuh di Taiwan dengan pertahanan pelbagai lapisan, pengesanan tahap tinggi dan pemintasan berkesan,”…