SHAH ALAM: Selangor akan melaksanakan langkah keselamatan di sekolah bagi mencegah sebarang ancaman keselamatan di premis awam itu bermula dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama 4, Damansara. Langkah keselamatan itu termasuk melibatkan penggunaan alat pengesan logam, kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem notifikasi kepada ibu bapa dan guru sekolah. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan langkah tersebut penting sebagai usaha mengembalikan keyakinan ibu bapa, guru dan pelajar…