KLANG: Kekuatan lebih 15,000 pegawai dan anggota polis di Selangor digerakkan sepanjang musim perayaan Deepavali pada Isnin ini yang disusuli dengan kawalan keselamatan bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua pegawai bersama anggota ditugaskan mulai 18 hingga 30 Oktober bagi memastikan kawalan keselamatan awam pada musim perayaan serta sidang kemuncak tersebut berjalan dengan lancar. “Langkah itu penting bagi memastikan semua penugasan dapat dijalankan dengan…