Polis Pulau Pinang ronda sekolah asrama waktu malam

Polis Pulau Pinang ronda sekolah asrama waktu malam

AZIZEE Ismail (dua dari kiri) ketika menghadiri pelancaran 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia (PDRM) Solidarity Fun Ride 2026 di George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang bersedia menggerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV) k sekolah-sekolah berasrama di negeri ini khususnya pada waktu malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, tugas rondaan itu diambil bagi mencegah kejadian buli serta memastikan kehadiran polis dirasai di kawasan sekolah.

“Rondakan ini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kehadiran polis di kawasan sekolah sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan bebas jenayah.

“Pada dasarnya kami setuju untuk mengambil tindakan bagi semua kes buli yang berlaku dan untuk langkah pencegahan kami akan tempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) secara lebih kerap di sekolah-sekolah yang terlibat.

“Selain itu, kami juga akan gerakan URB dan MPV untuk masuk ke kawasan-kawasan sekolah yang ada asrama pada waktu malam bagi mempertingkatkan kehadiran pihak polis di situ,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang dan pelancaran 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia (PDRM) Solidarity Fun Ride 2026 di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan itu antara pendekatan berterusan pihak polis dalam memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin selain mencegah sebarang kegiatan jenayah di kawasan sekolah.

Dalam perkembangan lain, Azizee berkata, polis Pulau Pinang merekodkan statistik penurunan jenayah indeks yang ketara bagi tempoh Januari hingga September lepas iaitu 2,400 kes berbanding 3,847 kes yang dicatatkan tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya, jumlah itu bersamaan penurunan 28.7 peratus atau 1,447 kes dan bagi jenayah kekerasan, kes menurun daripada 732 kepada 591 kes, iaitu penurunan sebanyak 18.3 peratus.

“Bagi jenayah harta benda pula, jumlah kes turun daripada 2,500 kepada 1,809 kes mencatatkan penurunan 27.6 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

“Kejayaan itu bukan hasil kerja individu tetapi hasil kerjasama, dedikasi dan komitmen seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang” katanya.

Azizee berkata, ketika ini, sebanyak 13,777 laporan polis telah diterima berkaitan kes komersial bagi enam bulan tahun ini dengan peningkatan sebanyak 3,434 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN