THE EAST fokus utama pembangunan bandar baharu Paya Besar 2030 - Utusan Malaysia

THE EAST fokus utama pembangunan bandar baharu Paya Besar 2030

MOHD. Shahar Abdullah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada penerima sempena program Jom Kembali Ke Sekolah Parlimen Paya Besar di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah pusat teknologi bernilai kira-kira RM5 juta dikenali sebagai ‘THE EAST’ menjadi fokus utama kepada pembangunan bandar baharu Paya Besar 2030.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, bangunan berkonsepkan modal insan, inovasi dan kemampanan itu kini sudah 94 peratus siap.

“Kedudukannya yang terletak berdekatan stesen Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Paya Besar akan memberi kelebihan kepada pusat berkenaan untuk menarik penyertaan pemain industri dalam sektor teknologi digital.

“Konsep The EAST adalah merangkumi rangka kerja yang mengintegrasikan peranan teknologi dan inovasi bagi mencapai pembangunan lestari, sambil menekankan kesejahteraan manusia.

“Ia adalah antara perancangan kita di Paya Besar dan kita juga sudah mempunyai Taman Teknologi Pahang berhampiran stesen ECRL dan bila The EAST memulakan operasi, sudah tentu dalam meningkatkan nilai tambah bagi kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program ‘Back To School Paya Besar 2026’ di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN