PN desak sidang tergempar bincang perjanjian perdagangan Malaysia–AS

PN desak sidang tergempar bincang perjanjian perdagangan Malaysia–AS

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendesak sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimuktamadkan Ahad lalu.

Menurutnya, perjanjian yang dimeterai semasa kunjungan rasmi Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia itu perlu diperhalusi semula kerana melibatkan soal kedaulatan negara dan kepentingan dasar luar Malaysia.

“Saya telah menghantar satu usul mendesak Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia–AS supaya ia benar-benar memelihara kedaulatan serta kepentingan dasar luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Ahmad Fayhsal berkata, perjanjian itu sebagai merugikan negara serta mengkritik tindakan kerajaan yang menurutnya terlalu akur terhadap kehendak Washington.

“Seperti mana dibahaskan di ruang awam, perjanjian yang telah dimuktamadkan ini bagi pandangan ramai pihak, pakar ekonomi dan Perikatan Nasional (PN) amat merugikan Malaysia.

“Bayangkan, kita jemput Trump datang ke rumah kita, kemudian kita pula yang menari ikut rentaknya.Apabila beliau tiba dengan pesawat Air Force One, Perdana Menteri tanpa segan silu menari mengikut Trump.

“Bagi saya, itu satu detik memalukan yang menggambarkan semangat perjanjian (perjanjian syaitan yang mengandungi iblis puaka) ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN