Saya yang akan pilih pengurus Kaseh - Ziana Zain - Utusan Malaysia

Saya yang akan pilih pengurus Kaseh – Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Ziana Zain memaklumkan dia akan memberi sokongan kepada Siti Nur Kaseh untuk menceburkan diri dalam bidang seni jika anak perempuannya itu menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

Namun, Ziana berkata industri seni bukan tempat itu main-main justeru akan memastikan Kaseh benar-benar bersedia untuk masuk ke bidang itu.

“Kalau ikut hati memang tidak mahu sebab cabaran dunia seni sangat besar. Di zaman sekarang pula bukan-bukan.

“Tetapi sekiranya terjadi juga, saya akan sediakan berbakul-bakul, berguni-guni nasihat kepada kaseh,” katanya.

Bagaimanapun Ziana akan memaklumkan akan memilih sendiri pengurus yang benar-benar berkaliber untuk membimbing Kaseh.

“Saya akan pilih siapa pengurusnya, akan tengok siapakah dia. Biar saya nilai dulu. Seperti yang bapa saya lakukan kepada saya dulu, begitulah juga yang akan saya lakukan kepada Kaseh.

“Industri ini bukan tempat main-main. Kerja, kerja betul-betul. Setakat nak glamor, tidak payah,” kongsinya.

Disoal jika ada antara anak-anaknya yang menunjukkan minat dalam dunia seni, Ziana memaklumkan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Tak ada menunjukkan minat tapi penyanyi bilik air tu adalah. Apa pun saya menyokong sahaja, belajarlah apa yang mereka suka. Macam Kaseh lebih berminat kepada dunia rekaan grafik.

“Manakala, Amar suka automotif, Aiman pula minat sains pemakanan. Saya kata buat sesuatu yang disukai, yang mereka minat dan memberi peluang pekerjaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN