KELANA JAYA: CheckPointSpot® terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri teknologi sukan apabila dilantik sebagai Rakan Teknologi Pemasaan Rasmi bagi HSN Putrajaya 2026 dan Sharp HSNKL Half Marathon 2026.
Pelantikan oleh Pure Events itu menyaksikan syarikat teknologi tempatan berkenaan akan menyokong dua acara utama sempena Hari Sukan Negara yang dijangka menghimpunkan kira-kira 30,000 pelari pada Oktober ini.
Kedua-dua acara tersebut merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Sukan Negara yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif serta menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya masyarakat.
Sebagai Rakan Teknologi Pemasaan Rasmi, CheckPointSpot® akan menyediakan sistem pemasaan sukan, keputusan masa nyata serta pengurusan data perlumbaan bagi semua kategori kompetitif.
Penyelesaian yang disediakan itu membantu memastikan keputusan perlumbaan direkodkan dengan tepat, selain melancarkan pengurusan acara untuk penganjur dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada para pelari.
Orang ramai juga boleh membuat pendaftaran bagi kedua-dua acara menerusi platform CheckPointSpot®, yang merupakan antara saluran pendaftaran rasmi yang disediakan oleh penganjur.
Ketua Pegawai Eksekutif CheckPointSpot®, Benjamin Yeow berkata, kejayaan sesebuah acara larian bukan hanya bergantung kepada kelancaran di laluan perlumbaan, sebaliknya turut dipengaruhi oleh sistem teknologi yang menyokong keseluruhan operasi.
“Di sebalik setiap garisan penamat terdapat sistem teknologi yang memastikan pemasaan, data perlumbaan dan operasi acara berjalan dengan lancar.
“Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Pure Events untuk menyokong HSN Putrajaya 2026 dan Sharp HSNKL Half Marathon 2026.
“Keutamaan kami adalah memastikan sistem pemasaan dan data perlumbaan beroperasi dengan tepat supaya penganjur dapat memberi tumpuan kepada penganjuran acara, manakala para pelari pula menikmati pengalaman yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan penyertaan dalam acara larian di seluruh negara menyaksikan semakin ramai penganjur mendapatkan khidmat rakan teknologi yang mampu menguruskan operasi acara secara lebih cekap.
Katanya, pelantikan itu membuktikan keyakinan penganjur terhadap keupayaan CheckPointSpot® dalam menyediakan penyelesaian teknologi bagi acara larian berskala kecil mahupun besar.
HSN Putrajaya 2026 akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober di Dataran Putrajaya, manakala Sharp HSNKL Half Marathon 2026 dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pendaftaran bagi kedua-dua acara telah dibuka dan orang ramai boleh mendaftar menerusi platform CheckPointSpot® melalui pautan berikut:
HSN Putrajaya 2026
Tarikh: 10–11 Oktober 2026
Lokasi: Dataran Putrajaya
Pautan pendaftaran : https://checkpointspot.asia/event/hsn-putrajaya-2026
Sharp HSNKL Half Marathon 2026
Tarikh: 25 October 2026
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Pautan pendaftaran: https://checkpointspot.asia/event/sharp-hsn-kl-half-marathon26











