Perbincangan Anwar–Trump bukti diplomasi negara di tahap tinggi

Perbincangan Anwar–Trump bukti diplomasi negara di tahap tinggi

Diplomasi negara
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil merasmikan Majlis Penetupan RIUH x ASEAN 2025, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbincangan tidak rasmi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam perjalanan menaiki kereta dari Kompleks Bunga Raya ke Kuala Lumpur baru-baru ini, menunjukkan tahap diplomasi tinggi yang diamalkan negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata pertemuan singkat itu membuktikan kebijaksanaan Perdana Menteri memanfaatkan setiap ruang untuk menyampaikan mesej penting, termasuk isu kemanusiaan di Gaza.

Katanya, platform Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 turut digunakan Perdana Menteri untuk mengutarakan pandangan Malaysia secara terbuka dan peribadi kepada Presiden Trump.

“Perdana Menteri menggunakan peluang itu untuk menyampaikan mesej jelas kepada Presiden Trump, bukan sahaja secara rasmi di pentas antarabangsa, tetapi juga secara peribadi dalam perbualan mereka dalam kereta.

“Ini bagi saya menunjukkan tahap diplomasi yang sangat tinggi yang kita amalkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan RIUH x ASEAN 2025, malam tadi.

Beliau pada masa sama menolak dakwaan bahawa sambutan terhadap Presiden Trump di Malaysia kelihatan terlalu meriah berbanding pemimpin negara lain.

“Ada yang kata layanan terhadap Presiden Trump lebih meriah, tetapi mestilah diingatkan pada Mei lalu, ketibaan Presiden China, Xi Jinping, juga diraikan dengan suasana sama. Jadi tidak ada perbezaan. Inilah cara kita berdiplomasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN