Penghantar makanan ditangkap khalwat bersama janda

Penghantar makanan beri alasan tumpang tandas selepas ditangkap khalwat bersama janda

SEORANG penghantar makanan memberi alasan menumpang tandas bilik hotel seorang wanita selepas pasangan itu ditahan berkhalwat di sebuah bilik hotel sekitar Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan menggunakan alasan mahu menumpang tandas di sebuah bilik hotel didiami seorang wanita yang juga merupakan seorang janda di sekitar bandar raya ini sebelum mereka ditangkap kerana berkhalwat, malam tadi.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menyerbu bilik hotel tersebut pada pukul 11.30 malam.

Menurut kenyataan itu, penguat kuasa mengetuk pintu selama kira-kira 10 minit sebelum akhirnya ia dibuka oleh seorang wanita yang lengkap berpakaian, manakala seorang lelaki sedang duduk di atas katil.

“Lelaki bujang berusia 30-an itu memberitahu dia datang ke bilik tersebut untuk menghantar makanan, sebelum meminta menggunakan tandas dan mahu berehat sementara.

“Pemeriksaan dibuat bagaimanapun tidak menjumpai sebarang bekas makanan seperti didakwa, manakala pemeriksaan dalam aplikasi turut mendapati tiada pesanan makanan dibuat wanita berusia 30-an terbabit,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAINJ membawa pasangan berkenaan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN