Pengawal keselamatan maut serangan jantung selepas diserang

Pengawal keselamatan maut serangan jantung selepas diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas diserang seorang lelaki di sebuah kondominum di Jalan Ipoh, Sentul di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang bertugas di pos kawalan didatangi penyewa lelaki meminta bantuannya untuk ke blok lain

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkan pos pengawal.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menampar muka kiri, menumbuk dahi serta memijak badan dan kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengalami kecederaan.

“Tiada kesan kecederaan luaran pada mangsa dan mangsa kemudian dibenarkan pulang,” jelasnya

Katanya, susulan itu, lelaki berusia 32 tahun ditahan pada 4.30 petang, hari sama dan direman empat hari yang akan berakhir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Bagaimanapun katanya, pada 9.30 malam hari sama, mangsa didapati tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh sebelum isterinya menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut. 

“Pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mendapati yang mangsa sudah meninggal dunia dan dibawa ke HKL untuk bedah siasat yang dilakuan pada Selasa lalu. 

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa kerana serangan jantung dan siasatan masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN