Penduduk bantah bina ladang ayam

Penduduk bantah bina ladang ayam

SESI dialog antara penduduk dan syarikat serta jabatan kerajaan berhubung bantahan pembinaan ladang ternakan ayam di Kampung Tanjung Sari di Pasir Salak, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Penduduk Kampung Tanjung Sari dan Kampung Teluk Bharu di sini membantah cadangan pembinaan ladang ayam berhampiran pe­nempatan mereka.

Ini kerana dikhuatiri menimbulkan pencemaran bau busuk dan serangan lalat yang boleh menjejaskan kesihatan serta kualiti hidup penduduk.

Sesi dialog antara penduduk, pihak syarikat pemaju projek serta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan yang diadakan di Kampung Tanjung Sari semalam gagal mencapai kata sepakat apabila penduduk bertegas mahu projek tersebut dibatalkan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kam­pung (JPKK) Tanjung Sari, Shamsul Nadir Saimim berkata, penduduk menolak sepenuhnya cadangan itu kerana bimbang kesannya terhadap kesihatan dan alam sekitar.

“Penduduk tidak mahu ber­depan dengan bau busuk serta masalah lalat yang boleh me­ngundang penyakit.

“Kami sebulat suara mahu projek ladang ayam ini dibatalkan dan akan membawa perkara ini ke peringkat kerajaan ne­geri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sesi dialog itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Zafarul Azhan Zan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Zairul Akmal Kasim dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin.

Shamsul Nadi berkata, pihak pengusaha perlu menghormati suara penduduk setempat.

Katanya, lokasi lain yang le­bih sesuai perlu dicari pengusaha bagi mengelakkan konflik dengan komuniti kampung.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Teluk Bharu, Zambry Salleh berkata, penduduk kampungnya turut me­ngadakan perhimpunan sebagai tanda solidariti dengan Kampung Tanjung Sari.

“Jika ladang ayam ini dite­ruskan, kampung kami juga akan terkesan dengan bau najis ayam dan lalat.

“Kami tidak menentang pembangunan, tetapi menolak projek yang boleh mengancam kesihatan serta kebersihan kampung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN