PARLIMEN : Projek LRT Pulau Pinang bukan keperluan mendesak

PARLIMEN : Projek LRT Pulau Pinang bukan keperluan mendesak

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoal pembangunan projek transit aliran ringan (LRT) kepada Pulau Pinang sebanyak RM16.8 bilion yang dilihat bukan suatu keperluan mendesak.

Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, projek tersebut didakwa menunjukkan kerajaan lebih memberi tumpuan kepada Pulau Pinang dan mengetepikan usaha menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Kerajaan menghabiskan RM16.8. bilion untuk projek LRT Pulau Pinang. Saya bukan soal mahupun pertikai apa diberikan pihak kerajaan, tapi bandingkan, (peruntukan) RM16.8 bilion, sedangkan kajian dibuat LRT di Pinang tiada keperluan.

“Berbanding menyiapkan jalan Pantai Timur yang sekarang ini sampai di Terengganu saja, bila nak sampai ke Kelantan?

“Sepatutnya jumlah (dana) ini digunakan untuk menyiapkan projek belum siap dan menjadi keutamaan kepada pihak rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas mengenai peruntukan kepada Sabah, Tuan Ibrahim turut menyifatkan ia sebagai gula-gula pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Keseimbangan pembangunan sangat ketara, terlalu banyak fokus diberikan kepada Pulau Pinang, Sabah (pun) banyak kita ucap terima kasih, tak ada masalah. Mungkin kerana ada PRN (Sabah), rakyat dapat manfaat selepas PRN,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN