PETALING JAYA: Lelaki dalam video tular didakwa mencabul dua kanak-kanak di sebuah pasar di Selayang dekat sini sudah dituduh di mahkamah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian yang berlaku pada 28 Jun lalu.
“Kes ini ada laporan polis dan suspek juga sudah dituduh di mahkamah pada 6 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki berusia 50-an di mana kejadian dipercayai berlaku pada 28 Jun lalu di Pasar Sri Ternak, Selayang dekat sini.
Dalam video terbabit, kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain sebelum suspek menyentuh secara tidak senonoh mereka. – UTUSAN







