Dua warga asing ditahan cabul kanak-kanak OKU

Dua warga asing ditahan cabul kanak-kanak OKU

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki warga Pakistan ditahan polis semalam dipercayai terlibat dalam kes cabul seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berumur 11 tahun di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian itu dilaporkan berlaku pada 24 Ogos lalu dan siasatan awal mendapati suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an mengenali mangsa melalui aplikasi TikTok.

“Salah seorang daripada suspek mengaku melakukan perbuatan cabul terhadap mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 3 September 2025 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mohamad Hatta turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga agar sentiasa mengawasi pergerakan dan penggunaan media sosial anak-anak terutamanya golongan rentan seperti kanak-kanak dan OKU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN