PARLIMEN: Kes tipu dalam talian meningkat, rugi lebih RM1.9 bilion setakat September

PARLIMEN: Kes tipu dalam talian meningkat, rugi lebih RM1.9 bilion setakat September

SHAMSUL Anuar Nasarah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Trend peningkatan kes penipuan dalam talian atau scam mencatatkan 47,854 kes dengan jumlah kerugian RM1.919 bilion setakat September lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, jumlah kes meningkat sebanyak 12,486 berbanding 35,368 pada 2024 yang melibatkan kerugian RM1.574 bilion.

“Ini menggambarkan begitu banyak mangsa terbabit dan melihat kepada situasi ini, kerajaan tegas untuk melaksanakan pelbagai langkah termasuk menguatkuasakan undang-undang bagi menangani jenayah ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai langkah kerajaan dalam memerangi jenayah penipuan dalam talian yang menunjukkan trend peningkatan amat membimbangkan.

Katanya, kerajaan meminda Kanun Keseksaan bagi memperkukuh tindakan terhadap kes jenayah siber khususnya penggunaan akaun keldai dengan peruntukan baharu Seksyen 424A hingga 424D yang memberikan kuasa kepada polis untuk menyiasat dan mendakwa individu terbabit.

Beliau berkata, kerajaan juga meminda Kanun Tatacara Jenayah dengan menambah peruntukan yang membolehkan polis menyita akaun bank atau instrumen kewangan dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah sekali gus wang yang dicuri tidak dapat dipindahkan penjenayah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN