SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kini menggunakan Sistem e-Muallaf bagi penggunaan dan pengurusan maklumat saudara baharu bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negeri ini. MAIS dalam kenyataannya berkata, ia menjadikan agensi agama Islam negeri itu sebagai yang pertama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penggunaan Sistem e-Muallaf bersama JAKIM. Menurutnya, sistem tersebut mengintegrasikan data pendaftaran mualaf Selangor ke dalam Sistem e-Muallaf JAKIM sebagai langkah membuka jalan ke arah penyelarasan…